Jumat, 03 April 2020

Tips Cara Cepat Menghafal Al-Qur'an


Tips Cara Cepat Menghafal Al-Qur'an

Al-Quran merupakan kalam Allah SWT yang teragung dan dianugerahkan kepada Rasulullah SAW serta umat akhir zaman. Ia menjadi panduan dan manual buat hamba-hambaNya agar menjalankan perintah dan meninggalkan larangan Allah SWT. Hal ini bukan sekadar takwilan dari para ulama’ sebaliknya telah dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Surah Sad ayat 29;

كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُوْلُوا الْأَلْبَابِ

(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar. (Surah Sad: 29)

Baca Juga : Sepucuk Surat dari Kelelawar

Pelbagai kelebihan yang diberikan buat orang yang membaca, memahami maksud ayat Al-Quran serta menjaga di dalam hati mereka. Pernahkah kita idamkan untuk menjadi salah seorang insan yang menghafaz serta menjaga kesucian Al-Quran di dalam dada kita? Kami dari Kelab Amatur Intelektual ingin berkongsi 5 tips untuk menghafaz Al-Quran.

5 Tips Hafaz Al-Quran:

1. Kuasai Tajwid 

Sebelum memulakan untuk menghafaz Al-Quran, haruslah kita menguasai tajwid dahulu. Bayangkan bagaimana ingin membaca buku tanpa sebarang tanda bacaan. Terasa kosong seolah-olah tiada nyawa dan roh di dalamnya. Inikan pula ingin membaca, menghayati serta menghafaz kalam Allah yang suci. 

2. Cari Gaya Menghafaz

Setiap manusia mempunyai kemampuan yang berbeza untuk menghafaz Al-Quran. Ada yang menggunakan teknik visual, ada manusia jenis kinestatik dan ada juga yang mudah dengan teknik auditori. Carilah dimana kecenderungan anda dan manfaatkan sebaiknya.

3. Teknik Rakam Imej

Bagaimana untuk menggunakan teknik merakam imej? Kita membayangkan tulisan dan ayat Al-Quran di dalam fikiran sambil membaca setiap bait-bait ayat yang dihafaz.

4. Fahami Maksud

Beusaha lah untuk menimbulkan rasa cinta kita terhadap Al-Quran dengan memahami maksud dan makna ayat yang dibaca. Perkara ini boleh dilakukan dengan membaca terjemahan dan tafsiran.

5. Ulang Hafazan di Dalam Solat

Pastikan kita bukan sekadar mengulang ayat Al-Quran di waktu lapang, namun manfaatkan dengan mengulangnya di dalam solat seharian kita.

InsyaAllah moga tips-tips yang telah kami kongsikan dapat memudahkan usaha para pembaca untuk menghafaz Al-Quran. Semoga lebih ramai para huffaz yang dilahirkan dalam kalangan kita sekaligus menjaga anugerah yang telah Allah SWT berikan kepada kita. Selamat menghafaz.


Baca Juga :10 Tips Agar Terhindar dari Virus Corona


Demikian sedikit tulisan mengenai  Tips Cara Cepat Menghafal Al-Qur'an

Jika artikel ini bermanfaat silahkan di share !!!

Jika ada kritik dan saran silahkan tulis di kolom komentar !!!

0 komentar:

Posting Komentar